Pantun |
Sumber |
Tema |
Supaya mudah berjalan jauh, Bawalah bekal banyak-banyak; Supaya maruah jangan jatuh, Pelihara amal baikkan akhlak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Batang selasih mudah patah, Banyak terdapat di Hutan Dalam; Banda Aceh musnahlah sudah, Mangsa menangis siang dan malam. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Supaya beban mudah diangkat, Eloklah dibawa beramai-ramai; Supaya badan kita selamat, Elok tak usah memandai-mandai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bukan mudah memarut sagu, Sebelum diparut batang dibelah; Bukan mudah menuntut ilmu, Sebelum dapat pantang menyerah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bukan mudah berladang sawah, Sawah ladang kerjanya berat; Bukan mudah memegang amanah, Amanah hilang ditimpa laknat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bukan mudah berladang padi, Ladang padi wajib dibakar; Bukan mudah berhutang janji, Hutang janji wajib dibayar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bukan mudah berladang padi, Ladang padi bersemak belukar; Bukan mudah berhutang budi, Hutang budi takkan terbayar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bukan mudah menjala pari, Menjala pari mahu berlapar; Bukan mudah menjaga diri, Menjaga diri mahu belajar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bukan mudah menjala pari, Menjala pari tahan berperahu; Bukan mudah menjaga diri, Menjaga diri dengan berilmu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bukan mudah menjala pari, Menjala pari tahan berhujan; Bukan mudah menjaga diri, Menjaga diri dengan amalan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| mudah (adjektif) | Bersinonim dengan senang, enteng, gampang, ringan, lancar, ringkas, kecil, lekeh, ganyir, suang, lasuh, lancar;, | | Kata Terbitan : bermudah-mudah, memudahkan, mempermudah, kemudahan, pemudah, |
|
Puisi |
---|
|
Jangan mudah bunga sudah, Bunga serupa dengan daun; Jangan mati kehendak mudah, Hilang bulan berganti tahun.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 480 Practice makes perfect Perkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya. Alah bisa tegal biasa ''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember practice makes perfect,'' the coach said to the young talent. ''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, alah bisa tegal biasa,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|