Pantun |
Sumber |
Tema |
Kalau selalu memecahkan cawan, Lambat-laun bercawan tempurung; Kalau selalu menyusahkan kawan, Lambat-laun berlawan sekampung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Banyaklah badik diasah orang, Untuk senjata membela diri; Banyaklah adik menyusahkan abang, Duduk berjaga sepanjang hari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Jangan suka mengasah parang, Tangan luka darah tergenang; Jangan suka menyusahkan orang, Tuhan murka orang tak senang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
|
Tesaurus |
---|
| susah (adjektif) | 1. Bersinonim dengan sukar: payah, rumit, sulit,
2. Bersinonim dengan jarang ada: sukar terdapat
3. Bersinonim dengan miskin: papa, daif, melarat, serba kekurangan,
| Kata Terbitan : bersusah-susah, menyusahkan, kesusahan, |
|
|