Pantun |
Sumber |
Tema |
Orang pemukat pandai menjala, Cukup banyak mendapat rezeki; Abang ibarat bangkai bernyawa, Hidup pun tidak berguna lagi. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila menyukat padi, Hitungnya jangan salah; Apabila mendapat rezeki, Bersyukur kepada Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila melihat padi, Ingat padi di ladang; Apabila mendapat rezeki, Ingat ke budi orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Andainya hujan lebat sekali, Jangan pergi menahan jerat; Andainya kawan mendapat rezeki, Jangan mengiri atau mengumpat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Walaupun orang menjerat babi, Janganlah pula dicerca-cerca; Walaupun orang mendapat rezeki, Janganlah kita meminta-minta. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| rezeki (kata nama,) | Bahasa Asal :Arab | Bersinonim dengan nafkah, mata pencarian, periuk nasi, pendapatan, perolehan gaji, upah keuntungan, laba, elaun, komisen, dividen,
bonus, ganjaran, hasil, panen., | |
|
|