Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berair kerongkongan.

Takrif

Mendapat rezeki. kerongkongan = pembuluh nafas.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Rongkongan menghadap mudik.

Takrif

Mudah mendapat rezeki.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Rongkongan menghadap hilir.

Takrif

Sukar mendapat rezeki.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bertemu bukit di tepi telaga.

Takrif

Mendapat rezeki.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hempas tulang berisi perut.

Takrif

Rajin bekerja (berusaha) mudah mendapat rezeki.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ringan tulang berat perut.

Takrif

Yang rajin bekerja banyak mendapat rezeki. (lawannya: Berat tulang, ringan perut).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ada gula, ada semut.

Takrif

Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada padi masak, adalah pipit).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ada padi masak, adalah pipit.

Takrif

Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada gula, ada semut).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Biar menyelodok ke bawah rumah, asal mendapat telur ayam.

Takrif

Biar mengerjakan pekerjaan yang kurang baik martabatnya asalkan mendapat rezeki yang halal. menyelodok = merangkak.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
rezeki (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan nafkah, mata pencarian, periuk nasi, pendapatan, perolehan gaji, upah keuntungan, laba, elaun, komisen, dividen, bonus, ganjaran, hasil, panen.,