Pantun |
Sumber |
Tema |
Dari Medan naik Merpati, Bawa misi memadam api; Bomba Malaysia rela berbakti, Niat suci tidak bertepi. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
Dari medan naik ke Merpati, Bawa misi memadam api; Bomba Malaysia rela berbakti, Niat suci tidak bertepi. | Pantun Melayu Sarawak | Asap Api |
Gunung Medan Hutan Aji, Padang Mawa bendang berlumpur; Kalau dah anak mengaji, Bolehlah berdoa di atas kubur. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Buah betik dari Medan, Jual mari pasar Melaka; Cantik bulan di kaki awan, Memancar-mancar mengeluar cahaya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Dari Deli pergi ke Medan, Singgah di kedai hujan menitik; Kalau nak beli buah setandan, Tentu bercampur besar kecik. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Buah langsat di Kota Medan, Dibawa orang dari Belawan; Kalau sesat di hujung jalan, Surut ke pangkal jalan. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Dari Pak terus ke Medan, Membawa kerepek emping padi; Sungguh celaka nasib badan, Inai tempek nikah tak jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Orang berseru di tengah medan, Pegang senjata minta lawan; Singa bertempik tengah hutan, Garoda lari sampai ke awan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Geruda jatuh terhempas, Jatuh terhempas di Medan Sumatera; Akibat jerebu susah bernafas, Sesak nafas amat sengsara. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
Budak-budak atas jambatan, Campak batu seorang satu; Ramai duduk di medan, Campak pantun seorang satu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| medan (kata nama) | Bersinonim dengan kancah, gelanggang, arena, padang, tanah lapang, kawasan, lapangan, lingkungan,
kalangan, alun-alun., | |
|
Puisi |
---|
|
Buah betik dari Medan, Jual mari pasar Melaka; Cantik bulan di kaki awan, Memancar-mancar mengeluar cahaya.
Lihat selanjutnya... |
|