Pantun |
Sumber |
Tema |
Masa Tok Penghulu, Pakai batu-bata; Masa tetap berlalu, Teruskan cita-cita. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Masa emak mudik ke hulu, Buat sunting bunga kenerak; Masa emak buat baju, Bubuh sikit bawah ketiak. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Kain ini kain basah, Bila masa berkain lagi; Main ini main penyudah, Bila masa bermain lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hendak berkain semalam ini, Bila masa berkain lagi? Hendak bermain semalam ini, Bila masa bermain lagi? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Janganlah asyik membuang masa, Ke mana pergi bersenang-lenang; Jangan adik memandang bangsa, Hamba ini dagang terbuang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sangkar emas buat isteri, Saat indah masa beradu; Mendengar puji tidak terperi, Sengat lebah terasa madu. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Zaman silam sudahlah lampau, Kita memandang ke masa depan; Siang dan malam berasa risau, Kakilah goyang kepala beruban. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Papan rumah tuan, Tidak pakai tukang; Tiada masa depan, Hidup lintang pukang. | Pantun Melayu Sarawak | Budaya |
Sungguh merdu suara seruling, Orang teringat ke masa lalu; Sungguh pemalu betina juling, Memandang tepat ia tak mahu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Gegap gempita suara gendang, Muzik berperang di masa silam; Gelap rasanya dunia abang, Adik kupandang bermuka masam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| masa (kata nama) | 1. Bersinonim dengan waktu: ketika, detik, saat, jam, tenggak, sangkala, sekon,
2. Bersinonim dengan jangka waktu: jangka masa, tempoh, zaman, era,
| Kata Terbitan : semasa, |
|
Puisi |
---|
|
Kain ini kain basah, Bila masa berkain lagi; Main ini main penyudah, Bila masa bermain lagi.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 418 A good name is sooner lost than won Nama yang baik memerlukan masa dan usaha untuk dibina tetapi seseorang itu boleh kehilangannya dengan sekelip mata akibat satu kesalahan yang dilakukan meskipun kecil. Panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari. (Nota : Padanan seperti kurang tepat, PM –ve to +ve) You are a man of honour and have done a lot of good things for his association. But don't get involved in those dubious activities because one minor slip could crumble your good reputation. Remember, a good name is sooner lost than won. Kamu orang yang terhormat dan telah banyak berjasa kepada persatuan ini. Tetapi janganlah membabitkan diri dalam kegiatan yang mencurigakan kerana satu kesilapan kecil boleh menghancurkan reputasi baik kamu. Ingat, panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|