Pantun |
Sumber |
Tema |
Berat berbeban terasa penat, Jauh berjalan rasanya lesu; Kuingat tuan sepanjang hayat, Walaupun badan tiada bersatu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Jikalau malam orang berakit, Setelah siang badan pun lesu; Jikalau padam bintang di langit, Barulah hilang kasih sayangku. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Zaman dahulu hidup tenteram, Sanak saudara beramah-tamah; Badan lesu tak tidur malam, Dibentak mentua celana basah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Jatuhlah kayu menimpa atap, Matilah itik sedang mengeram; Tubuhku lesu mata pun lelap, Menanti adik siang dan malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Hujan lebat guruh mendayu, Hari petang bertambah senja; Badan penat tubuh pun lesu, Bini garang habislah daya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sayang keduduk kayu hutan, Hijau biru kelihatan; Mana duduk di pangku tuan, Lemah lesu rasa badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| lesu (adjektif) | 1. Bersinonim dengan lemah: letih, letah-letai, litak, lejar,
2. Bersinonim dengan merosot: mundur, menurun, berkurangan, surut, susut lemah, buruk, Berantonim dengan rancak
| Kata Terbitan : kelesuan, |
|
|