Pantun |
Sumber |
Tema |
Berdiri tegak di kapal, Berjumbal meranti jomat; Kalaupun jadi tidakkan kekal, Kalaupun kekal tidak selamat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bekal disimpan di dalam upih, Upih jatuh tepi perigi; Kekal setia kita berkasih, Kasih tidak berbelah bagi. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Pak haji memakai jubah, Jubah dibuat negeri Selibis; Kasih kekal tiada berubah, Putus jiwa bersama habis. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Rambut ikal gulung di dahi, Khabar pulang bersarung gigi; Rasa tak kekal diam di sini, Akhir pulang ke tempat sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Kalau tuan gatih basikal, Buah berangan dimasak kari; Kalau tuan kasih kekal, Sapu tangan campak ke mari. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hendak taji kuberi taji, Taji tunggal mata berpamer; Hendak janji kuberi janji, Janji kekal sampai ke kubur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bulan puasa memetik kelapa, Hendak menyambut Aidilfitri; Budi kami tidak seberapa, Kenangan diberi kekal abadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Banyaklah orang menjerat rusa, Rusa bermain ditugal padi; Banyaklah orang berbuat jasa, Jasa pemimpin kekal abadi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Hingar bingar di Taman Pelita, Tawar menawar menjual bunga; Dengar nasihat para pendita, Dunia tak kekal selamanya. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Hujung sirih berkedut-kedut, Susun sampai di kedai Cina; Kasih tuan membujuk-bujuk, Kasih tidak kekal lama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| kekal (adjektif) | Bersinonim dengan baqa, abadi, malar, tekal, tetap, selama-lamanya, lestari, diam, abid, tidak berubah-ubah,
langsung, terus, langgeng;, | | Kata Terbitan : berkekalan, mengekalkan, kekekalan, |
|
Puisi |
---|
|
Rambut ikal gulung di dahi, Khabar pulang bersarung gigi; Rasa tak kekal diam di sini, Akhir pulang ke tempat sendiri.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 196 Every flow has its ebb Kesenangan atau kemewahan yang dirasai lazimnya tidak kekal lama. Esok lusa pasti datang kesusahan. Hari tidak selamanya panas He came into fortune but he forgot easily. I'd helped him a lot but he treated me like a dog. I told myself, every flow has its ebb. One day, he would realize that nothing lasts forever. Dia tiba-tiba meraih kekayaan tetapi dia mudah lupa. Aku telah banyak membantunya tetapi dia melayani aku seperti anjing. Aku berkata pada diriku, hari tidak selamanya panas. Satu hari nanti, dia akan sedar bahawa semuanya ini tidak kekal. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|