Pantun |
Sumber |
Tema |
Anak yu karang-karang, Mari karang kepala titi; Sudah berjumpa lawan yang garang, Bertentang mata bergoncang hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Karang bunga di Bukit Kota, Ikan salai di atas para; Sekarang penulis wang berjuta, Nilai ilmunya tidak terkiran. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Cepu-cepu karang Cina, Risik mengisi kain; Cepu-cepu adik nak tanya, Betul ke tidak nak cari lain? | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Cik Malik mengarang bunga, Mari karang tali rotan; Minta tabik pada semua, Saya nak karang hikayat syaitan. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kalau membeli batu karang, Banyak dijual di Kayu Mati; Kalau suami sebetulnya curang, Bulatkan fikir tabahkan hati. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Gunung Lingga berkarang-karang, Gunung beratur empat-empat; Abang gila saya tak larang, Asal tentu dengan tempat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ambil kain buangkan baju, Kerana baju karang bunga; Ada lain lupakan aku, Kerana aku orang hina. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pantai Lukut luas terbentang, Teluknya penuh berbatu karang; Ibarat melukut di tepi gantang, Masuk tak penuh keluar tak kurang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Layarkan biduk laju-laju, Berlabuh tentang ulak karang; Tinggalkan anak tentu-tentu, Jangan pengejut ayam orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kusangka kapal di tengah laut, Rupanya terlanggar karang yang ganas; Kusangka kukuh embun di rumput, Rupanya hilang ditimpa panas. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
|
Tesaurus |
---|
| karang (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan tulis: catat, coret, reka, cipta, sunting, nukil,
2. Bersinonim dengan gubah: susun, cucuk, atur,
| Kata Terbitan : mengarang, terkarang, karangan, pengarang, |
|
Puisi |
---|
|
Cik Malik mengarang bunga, Mari karang tali rotan; Minta tabik pada semua, Saya nak karang hikayat syaitan.
Lihat selanjutnya... |
|