Pantun |
Sumber |
Tema |
Kata tua kata penyejuk, Penyejuk hati penenang jiwa; Hina bangsa suka merajuk, Merajuk lari membuang nama. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Baju perai berkain berai, Pakai anak raja Semarang; Jiwa di badan sudah bercerai, Inikan pula kasih menumpang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Baju putih bukanlah kebaya, Pakai hias Baba Melaka; Hilang jiwa tidak mengapa, Asalnya boleh berjumpa mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Di bawah Khatulistiwa kami bersumpah, Parang ilang Sri Ayu; Satu jiwa usah dipisah, Keramat merdeka rumpun Melayu. | Pantun Melayu Sarawak | Serumpun Senada |
Datuk Mansur Datuk Bendahara, Ketiga dengan Datuk Drahman; Hati bersyukur jiwa terpelihara, Hidup selalu dalam aman. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Berapa tinggi pokok kubis, Tempat membuat ulam-ulaman; Sedikit lagi jiwa nak habis, Tempat berbudi kepada tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Banyaknya di bawah bunga bertabur, Harum berbau merata-rata; Rasa jiwa umpama lebur, Kerana rindu asyik bercinta. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Fakir datang dihidang halwa, Manis senyuman budi bahasa; Berzikir bertaubat mententeram jiwa; Sesal badan berbuat dosa. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Anak ikan kepala dua, Hanyut mayang dari hulu; Tidak tahan rasanya jiwa, Siang malam menanggung rindu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ajuk-ajuk pemarang Jawa, Jawa dari sebelah bukit; Jangan merajuk mahkota jiwa, Tidak kurasa salah sedikit. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| jiwa (kata nama) | 1. Bersinonim dengan nyawa: roh, semangat, atma, sukma, tubuh halus, Berantonim dengan jasad
2. Bersinonim dengan batin: rohani, urat nadi, punca hidup, Berantonim dengan zahir
3. Rujuk kasih kekasih
| Kata Terbitan : berjiwa, kejiwaan, |
|
Puisi |
---|
|
Baju putih bukanlah kebaya, Pakai hias Baba Melaka; Hilang jiwa tidak mengapa, Asalnya boleh berjumpa mata.
Lihat selanjutnya... |
|