Pantun |
Sumber |
Tema |
Yu parang yu tenggiri, Jarang-jarang gigi di depan; Tuntut ilmu kebaikan diri, Senjata mengidam darah di badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Ikan kukus tulangnya lembut, Tulang lembut jarang-jarang; Kami belayar jangan disebut, Takut dilanggar batu karang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Telur pipit dalam sarang, Tetaskan anak sehari sebiji; Gunung berhimpit jarang-jarang, Bukit terlepas seorang diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Anak ikan dimakan ikan, Tanam serai Padang Semu; Pandai makan pandai simpan, Jarang-jarang boleh bertemu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak kucing dalam raga, Ibunya pula terlalu garang; Songket di gedung ada harga, Jarang-jarang dipakai orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Rumah besar dinding pelupuh, Hulu jarang hilir jarang; Mana hati tidakkan rusuh, Di hulu sayang di hilir sayang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Padang rumput jarang kayunya, Di sana banyak puyuh bersarang; Orang takut pantang dianiaya, Supaya tidak dimusuhi orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Jaranglah jarang makan tebu, Anak sembilang menggigit jari; Jaranglah jarang kita bertemu, Dalam sebulan dua kali. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pagar buluh anggitnya jarang, Akan pemagar sapi jerasa; Dalam sepuluh jarang seorang, Hanya yang tahu menimbang rasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Tokai jagung biar jarang, Biar senang puyuh berlari; Tanya bulan kepada bintang, Mana terbit matahari? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
|
Tesaurus |
---|
| jarang (adjektif) | 1. Bersinonim dengan renggang: berjarak, bersela, tidak rapat, tidak kedap, serau, serang, Berantonim dengan rapat
2. Dalam konteks rambut bersinonim dengan nipis, tidak lebat, tidak padat, sedikit, Berantonim dengan lebat
| Kata Terbitan : jarang-jarang, menjarangkan, |
|
Puisi |
---|
|
Telur pipit dalam sarang, Tetaskan anak sehari sebiji; Gunung berhimpit jarang-jarang, Bukit terlepas seorang diri.
Lihat selanjutnya... |
|