Pantun |
Sumber |
Tema |
Sifat muda suka berjalan, Berjalan dekat mahupun jauh; Adat dijaga sempurna iman, Badan selamat hidup senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sifat muda suka berjalan, Berjalan jauh menuntut ilmu; Adat dijaga sempurna iman, Iman kukuh patut ditiru. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Berjalan berhati-hati, Jangan berlari-lari; Kalau senang hati, Wajah berseri-seri. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Berjalan-jalan berdua bertiga, Tepi-tepi kayuh perahu; Lautan dalam dapat diduga, Hati manusia siapa tahu. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Berjalan kaki menuju ke paya, Singgah sekejap menggali cacing; Wahai tuan saya bertanya, Di mana jari menyarung cincin. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau berjalan tertatih-tatih, Berjalan dekat terasanya jauh; Kalau berkawan tindih-menindih, Dengan sahabat nescaya bermusuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau tidak berjalan pagi, Tentu saja berjalan petang; Kalau tidak termakan budi, Malu hamba menantikan abang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Raja Zubaidah berjalan ke padang, Lalu berjalan ke bawah bukit; Lain dahulu dari sekarang, Jauh beza bukan sedikit. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau berjalan di jalan raya, Pakai sarung kebaya kasa; Kalau berkawan orang kaya, Asyik teringin hendak merasa. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Tuan berjalan saya berlari, Hendak cepat masuk asrama; Kalau berkawan orang mencuri, Tertangkap kawan terpenjara sama. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| jalan (kata nama) | 1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,
2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,
| Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan, |
|
Puisi |
---|
|
Berjalan kaki menuju ke paya, Singgah sekejap menggali cacing; Wahai tuan saya bertanya, Di mana jari menyarung cincin.
Lihat selanjutnya... |
|