Pantun |
Sumber |
Tema |
Katang-katang berisi manik, Manik berisi campur padi; Saya datang hendaklah naik, Mana tempat membasuh kaki. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Bakul berisi ketam dan siput, Mari diletak di hujung sudut; Yang menanti padang tak berumput, Yang datang kurus berkerut. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Saku berisi buah jambu, Hendak dibawa ke pekan sehari; Kalau sudah kata begitu, Marilah kita mengikat janji. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Raga berisi bunga bawang, Bawang Bali di kedai Cina; Hati adik sudah tertawan, Ikut abang barang ke mana. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bakul besar berisi pulut, Pulut hitam dibuat tapai; Lama bersabar hatiku hanyut, Siang malam badan meragai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bakul tampah berisi sekam, Sudah diayak tinggallah beras; Kupikul kasih hatiku karam, Hendak mengelak hatiku belas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Uncang besar berisi duit, Dapat membeli sayur-sayuran; Orang sabar bini berduit, Tiap hari tidur-tiduran. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sejak periuk berisi maja, Banyaklah arang untuk perbara; Sejak beruk menjadi raja, Banyaklah orang masuk penjara. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sejak belanga berisi kari, Banyaklah lalat mencuri lauk; Sejak buaya jadi menteri, Banyaklah umat menjadi beruk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sejak periuk berisi gulai, Nasi dijerang tergenang kuah; Sejak beruk menjadi lebai, Pagi petang orang menikah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
|
Puisi |
---|
|
Bakul berisi ketam dan siput, Mari diletak di hujung sudut; Yang menanti padang tak berumput, Yang datang kurus berkerut.
Lihat selanjutnya... |
|