Pantun |
Sumber |
Tema |
Apa tanda parang berkarat, Besinya rosak mata pun majal; Apa tanda orang beradat, Budinya nampak serta berakal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apa pandang padi paya, Tinggi petak dari ruang; Apa pandang kepada saya, Budi tidak bahasa pun kurang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Apa diharap pada padi, Tinggi rumput dari ruang; Apa diharap pada kami, Budi tiada bahasa pun kurang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Apa diharap padi Belanda, Tempat semut buat sarang; Apa diharap pada kakanda, Tiada harta bangsa pun kurang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa guna baju kebaya, Bertapak batik kain selendang; Apa guna macam saya, Rupa tak cantik pandai pun kurang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa tanda kacang memanjat, Dari tanah terus ke pucuk; Apa tanda orang beradat, Hati rendah laku pun elok. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apa tanda si pinang kelat, Bila dimakan terasa malan; Apa tanda orang beradat, Dada beriman laku pun sopan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apa guna si padi hampa, Hampa menjadi si hampa layang; Apa ada kepada saya, Bahasa tiada rupa pun kurang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Cincin intan buatan Bugis, Kilau-kilau nampak warnanya; Musim durian buah pun habis, Manggis menumpang apa tandanya? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Rumah buruk serambi tak baik, Serai seulas di dalam dulang; Rupa buruk budi pun tak baik, Apa guna kepada orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
|
Tesaurus |
---|
| pun (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan juga: pula, demikian juga, serupa,
2. Bersinonim dengan biar: kendati, meski, walau,
3. Bersinonim dengan bahkan: malahan, sedangkan,
4 Bersinonim dengan apa sahaja: bagaimana sahaja, apa-apa jua.,
|
|
Puisi |
---|
|
Apa diharap pada padi, Tinggi rumput dari ruang; Apa diharap pada kami, Budi tiada bahasa pun kurang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 212 When all fruit fails, welcome haws Apabila sesuatu yang kita inginkan tiada atau tidak diperoleh maka kita hruslah menerima apa sahaja yang ada dengan rasa syukur meskipun ia tidak seperti yang dikehendaki. Tiada rotan, akar pun berguna During the war, we survived on cassavas or sweet potatoes since our rice fields were bombed by Japanese - when all fruit fails, welcome haws. Semasa perang, kami makan ubi kayu atau keledek kerana sawah kami dibom oleh Jepun - tiada rotan, akar pun berguna. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|