PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
crosslinked polymer | | | Bahan polimer yang mengandungi rantaian yang bertaut dengan rantai polimer yang sama pada tempat yang berlainan atau dengan rantai polimer yang berlainan menerusi ikatan kovalens. Polimer ini dapat membentuk sangkar untuk mengurung nanozarah bagi tujuan tertentu seperti perubatan. |
glycogen | | | Molekul karbohidrat yang terdiri daripada rantai bercabang berfungsi sebagai penyimpan tenaga dalam haiwan dan sel kulat yang biasanya tersimpan dalam hati atau otot. Karbohidrat tersebut merupakan molekul polisakarida bersaiz sekitar 150 nm dan didapati dalam bentuk granul dalam sitosol pada pelbagai jenis sel. Sel hati mempunyai kepekatan glikogen yang tertinggi, iaitu sehingga 8% terhadap berat segar hati yang normal atau 100g - 120g dalam orang dewasa. |
nucleic acid | | | Molekul biologi berstruktur polimer yang terdiri daripada rantai monomer nukleotid yang dapat dijumpai dalam semua sel dan virus. Asid ini mempunyai peranan penting dalam bidang biokimia kerana molekul ini dapat membawa maklumat genetik atau membentuk struktur dalam sel. Contohnya, DNA dan RNA. |
amphiphilic | | | Sifat molekul yang mempunyai satu kumpulan terkutub yang bersifat larut air (hidrofilik), disangkut pada rantai hidrokarbon bukan terkutub yang tidak larut air (hidrofobik). Contohnya, molekul asid stearik yang rumus kimianya C17H35COOH, mempunyai kumpulan COOH yang larut air pada salah satu hujung dan kumpulan CH3 yang tidak larut air pada hujung yang satu lagi. Sifat amfifilik sangat diperlukan dalam proses pembentukan filem tipis tertentu seperti filem tipis Langmuir- Blodgett. |
codon | | | Satu rantaian tiga nukleotid pada mRNA yang membentuk kod genetik bagi menghasilkan asid amino tertentu ke dalam rantai polipeptida semasa proses sintesis protein atau isyarat untuk memberhentikan sintesis protein tersebut. |
lipid | | | Sebatian organik yang tidak larut dalam air, tetapi larut dalam pelarut organik yang tak berkutub. Sebatian ini terdiri daripada hidrokarbon alifatik rantai panjang dan sebatian terbitannya. Contoh sebatian ini ialah asid lemak, alkohol, amina, dan amino alkohol. |
|
Tesaurus |
---|
| rantai (kata nama) | 1. Bersinonim dengan kalung: leca, utas,
2. Bersinonim dengan ikatan: kaitan, pertalian, hubungan, jalinan,
| Kata Terbitan : berantai, berantai-rantai, merantai, rantaian, |
|
Puisi |
---|
|
Budak-budak bermain tombak, Tombak diikat dengan rantai; Kalau kutakut dilambung ombak, Tak ku berumah di tepi pantai.
Lihat selanjutnya... |
|