PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
transient thermal analysis | | | Kaedah untuk mengukur perubahan suhu dan kuantiti haba bahan yang berbeza dari masa ke masa. |
photobleaching | | | Pemusnahan sifat fluorofor suatu bahan secara kaedah fotokimia yang dapat dikesan daripada kesukaran untuk mengamati molekul pendarfluor dan memberikan masalah terutamanya dalam mikroskopi masa-lesap. Kemusnahan ini dapat dikawal dengan mengurangkan keamatan cahaya atau memendekkan tempoh masa pendedahan cahaya, menambah kepekatan bahan fluorofor atau menggunakan fluorofor yang lebih berdaya tahan. Fotoluntur ini dapat dieksploitasikan untuk mengkaji pergerakan atau pembauran molekul. |
photoluminescence | | | Proses suatu bahan menyerap foton (gelombang elektromagnet) dan memancar semula foton. Masa yang diambil bagi proses penyerapan dan pemancaran ini kurang daripada 10 nanosaat. Keamatan dan spektrum cahaya yang dipancar bergantung pada sifat bahan dan digunakan untuk mengkaji sifat bahan seperti mengukur jurang tenaga, kepekatan benda asing dan kecacatan dalam bahan semikonduktor. Fenomena ini terjadi dalam kebanyakan bintik kuantum dan cahaya yang dipancarkan bergantung pada saiz bintik kuantum tersebut. |
thermogravimetry analyzer (TGA) | | | Kaedah analisis terma yang mengukur jisim sampel dalam sela masa tertentu apabila suhu berubah. |
colloid | | | Zarah halus bersaiz 1 nm - 1000 nm yang kekal tersebar merata dalam cecair atau gas pada jangka masa lama. Koloid dapat dimendapkan atas permukaan substrat kaca atau silikon untuk membentuk filem tipis. Koloid nanozarah emas atau perak berpotensi digunakan dalam bidang perubatan. Contohnya, koloid nanozarah emas atau perak di dalam air. |
energy storage | | | Sistem untuk menyimpan suatu sumber tenaga yang tidak kekal kepada bentuk tenaga kekal bagi kegunaan pada masa akan datang. Contohnya, tenaga sinaran matahari disimpan sebagai tenaga kimia dalam. |
electromagnetic sensor | | | Penderia yang menggunakan perubahan pada medan elektrik atau medan magnet secara pasif atau aktif yang berubah dengan masa untuk mengesan sesuatu parameter. Contohnya, penggunaan sistem radar untuk mengesan fenomena atmosfera yang berkemungkinan berbahaya kepada kapal terbang atau dalam penggunaan perisikan bagi mengesan isyarat mikrogelombang jarak jauh, kesan daripada pergerakan pernafasan manusia. |
smart drug | | | Ubat yang dihasilkan menggunakan teknologi reka bentuk molekul dan nanobiologi yang dapat bertindak secara berkesan di dalam tubuh, di tempat dan pada masa yang diperlukan. Contohnya, ubat penenang dan ubat terapi molekul DNA. |
nascent state | | | Satu keadaan aktif suatu unsur kimia selepas dibebaskan hasil daripada tindak balas kimia. Unsur akan berada pada keadaan atom untuk beberapa ketika sebelum bertindak balas untuk menghasilkan molekul. Dalam masa tersebut, atom sangat mudah bertindak balas. Contoh nasen hidrogen terdiri daripada atom hidrogen bebas yang tidak terikat seperti molekul hidrogen biasa. |
Fourier transform infrared spectroscopy (FTIR) | | | Teknik spektroskopi yang mendedahkan sampel kepada sinaran inframerah sehingga menghasilkan suatu interferogram serapan sinaran oleh komponen tertentu dalam bahan tersebut. Interferogram yang merupakan suatu fungsi keamatan sinaran lawan masa biasanya akan didigitkan dan seterusnya diubah kepada spektrum serapan, keamatan lawan frekuensi menggunakan tranformasian Fourier. FTIR mempunyai kebaikan daripada segi kelajuan, resolusi dan kepekaan. |
|
Tesaurus |
---|
| masa (kata nama) | 1. Bersinonim dengan waktu: ketika, detik, saat, jam, tenggak, sangkala, sekon,
2. Bersinonim dengan jangka waktu: jangka masa, tempoh, zaman, era,
| Kata Terbitan : semasa, |
|
Puisi |
---|
|
Kain ini kain basah, Bila masa berkain lagi; Main ini main penyudah, Bila masa bermain lagi.
Lihat selanjutnya... |
|