PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
carbon nanotube | | | Kepingan grafit yang digulung dalam bentuk tiub atau silinder dengan diameter beberapa nanometer. Molekul karbon ini mempunyai sifat-sifat yang berpotensi digunakan dalam nanoteknologi, optik dan bidang sains bahan yang lain. Sifat istimewa tiub ini adalah terlalu kukuh, ciri elektrik yang unik dan konduktor haba yang sangat baik. Terdapat dua jenis nanotiub, iaitu nanotiub dinding tunggal dan nanotiub berbilang dinding. |
semiconductor quantum dot | | | Hablur semikonduktor bersaiz antara 2 nm - 10 nm yang mengandungi 100 elektron - 1000 elektron atau 10 atom - 50 atom. Bintik kuantum mengurungi elektron, lohong atau pasangan elektron-lohong (atau eksiton) dalam ruang bersaiz jarak gelombang Compton. Pengurungan ini menyebabkan berlaku pengkuantuman aras tenaga sama seperti yang berlaku dalam atom. Pengkuantuman tenaga memberikan sifat optik istimewa yang dapat digunakan sebagai tag pendarfluor untuk penanda biologi, diod pemancar cahaya, sel fotovoltan dan komputer kuantum. Contoh bahan semikonduktor ialah kadmium selenida dan plumbum sulfida. Bintik kuantum semikonduktor juga dikenali sebagai atom buatan. Sinonim nanohablur semikonduktor. |
|
|