PeribahasaSalangkan (= sedangkan) bah kapar tak hanyut, inikan pula kemarau panjang.TakrifSedangkan waktu muda sudah malas, apatah lagi waktu tua; sedangkan waktu makmur tidak senang, apalagi waktu susah. salang = selang, sedang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLang pungguk lang berikan, tidur siang berjaga malam.TakrifPencuri yang tidur waktu siang, dan berjaga waktu malam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerlampau duka terurah buntil, terlampau suka terurah rahsia.TakrifHendaklah bersikap sederhana dan hati-hati dalam segala hal (baik waktu duka mahupun waktu suka). urah = bongkar, urai; buntil = kantung daripada kain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMelentur biarlah waktu rebung.TakrifMengajar anak-anak biarlah selagi kecil, apabila telah besar, keraslah hatinya dan tidak dapat diajar lagi. (Bandingkan dengan: Sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari). (Lihat juga: Masa lagi rebunglah hendak dilentur, jangan dinantikan sampai menjadi aur).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDi waktu garuda alah oleh ular.TakrifKiasan kepada waktu yang telah lalu; zaman dulu kala.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSedangkan pucuk lagi tak merah, konon pula selaranya.TakrifWaktu lagi kaya tidak pernah berderma, apalagi waktu miskin. selara = bulu halus-halus seperti miang pada tumbuh-tumbuhan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSelangkas betik berbuah.TakrifWaktu yang singkat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenabur bijan ke tasik.TakrifMembuang-buang wang, waktu dan tenaga dengan sia-sia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPagi tidak dibuang, senja tidak dikejar.TakrifMenggunakan waktu dengan sebaik-baiknya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTuak terbeli, tunjang hilang.TakrifNasib yang malang, waktu maksud yang kedua diperoleh, barang yang sudah di tangan pula hilang. (Peribahasa lain yang sama makna: Malang celaka Raja Genggang, tuak terbeli tunjang hilang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
607 | Truth will out | Kebenaran tidak boleh disembunyikan selama-lamanya. | Meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga. | For a while, you can prevent the people from discovering the secret but it's impossible to conceal it forever. How long can you live? Remember, truth will out, eventually | Buat sementara waktu ini awak bolehlah menghalang orang daripada mengetahui rahsia itu, tetapi mustahil untuk menyembunyikannya selama-lamanya. Berapa lama awak boleh hidup? Ingat, meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga akhirnya. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
606 | Truth will come to light | Kebenaran tidak boleh disembunyikan selama-lamanya. | Meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga. | For a while, you can prevent the people from discovering the secret but it's impossible to conceal it forever. How long can you live? Remember, truth will come to light, eventually | Buat sementara waktu ini awak bolehlah menghalang orang daripada mengetahui rahsia itu, tetapi mustahil untuk menyembunyikannya selama-lamanya. Berapa lama awak boleh hidup? Ingat, meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga akhirnya. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| waktu (kata nama) | 1. Bersinonim dengan masa: jangka masa, saat, ketika, kala, sangkala, tempoh, zaman, tenggak,
2. Bersinonim dengan kesempatan: peluang, tempoh, kelapangan,
| Kata Terbitan : sewaktu, sewaktu-waktu, |
|
Puisi |
---|
|
Waktu senja tanak pulut, Untuk bekal turun ke padang; Di mulut naga lagi kurebut, Inikan pula di tangan orang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 606 Truth will come to light Kebenaran tidak boleh disembunyikan selama-lamanya. Meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga. For a while, you can prevent the people from discovering the secret but it's impossible to conceal it forever. How long can you live? Remember, truth will come to light, eventually Buat sementara waktu ini awak bolehlah menghalang orang daripada mengetahui rahsia itu, tetapi mustahil untuk menyembunyikannya selama-lamanya. Berapa lama awak boleh hidup? Ingat, meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga akhirnya. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|