PeribahasaUmur setahun jagung, darah setampuk pinang.TakrifBelum berpengalaman.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda umur ada rezeki.TakrifAsal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada hari, ada nasi, b. Ada nyawa ada rezeki).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAyam baru belajar berkokok.TakrifBaru cukup umur.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRambut sudah dua macam (= warnanya).TakrifOrang yang sudah setengah umur.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBaru belajar duduk, lepang sudah hendak memanjat tiang.TakrifBelum lagi cukup umur sudah hendak berlagak seperti orang tua-tua. lepang = sejenis pohon.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRambut sudah dua macam, lagi juga berbanyak ragam.TakrifOrang tua atau setengah umur berkelakuan seperti orang muda-muda.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBunga gugur putik pun gugur.TakrifTiap-tiap yang hidup akan mati dengan tidak memandang umur. (Peribahasa lain yang sama makna: Mumbang jatuh [= runtuh], kelapa jatuh [= runtuh]).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBau cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun, sudah hendak berumah tangga.TakrifBelum cukup umur sudah hendak beristeri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMumbang jatuh (= runtuh), kelapa jatuh (= runtuh).TakrifTiap-tiap yang hidup akan mati dengan tidak memandang umur. (Peribahasa lain yang sama makna: Bunga gugur putik pun gugur).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda nyawa ada rezeki.TakrifAsal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada hari, ada nasi, b. Ada umur ada rezeki).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Bunga melur berjinjang-jinjang, Bunga mawar dalam raga; Minta doa umur panjang, Lambat laun bertemu juga.
Lihat selanjutnya... |
|