PeribahasaTampak ijuk tak bersagar, lurah tak berbatu.TakrifSeseorang yang diperlakukan dengan sekehendak hati, kerana tidak ada kaum kerabatnya yang disegani orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDatang tampak muka, pulang tampak punggung.TakrifDatang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Datang nampak muka, pergi nampak belakang). (Bandingkan dengan: Hinggap mencengkam [dahan], terbang menumpu [dahan]).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak.TakrifKesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan, b. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLangit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan.TakrifKesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar). kambut = sebangsa bakul; diserayakan = dimintakan pertolongan orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLah tampak jalan tempat lalu, lupa batu akan menarung.TakrifOrang miskin setelah mendapat kebahagiaan lupa kepada bahaya yang mungkin mencelakakan dirinya. menarung = menyentuh, menyerandung.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah tampak kaki ular.TakrifTingkah laku seseorang yang jahat yang sudah mulai diketahui.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaYang tinggi tampak jauh, yang dekat jolong bersua.TakrifDalam sesuatu usaha pemimpinlah yang bertanggungjawab dan dialah pula yang akan dipuji atau dicela.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHinggap mencengkam (dahan), terbang menumpu (dahan).TakrifJika merantau hendaklah mencari keluarga atau kawan kenalan tempat menumpangkan diri. (Bandingkan dengan: a. Datang nampak muka, pergi nampak belakang, b. Datang tampak muka, pulang tampak punggung). (Peribahasa lain yang sama makna: Terbang bertumpu, hinggap mencengkam).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTampak ranggas takkan meleting.TakrifMengetahui bahawa seseorang itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana bodoh atau penakut. (Peribahasa lain yang sama makna: Tampak duri takkan mengait). ranggas = ranting kayu mati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTampak duri takkan mengait.TakrifMengetahui bahawa seseorang itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana bodoh atau penakut. (Peribahasa lain yang sama makna: Tampak ranggas takkan meleting).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| tampak (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan nampak: dapat dilihat, kelihatan, ketara, ternyata, Berantonim dengan ghaib
2. Bersinonim dengan muncul: timbul, terbit, menampakkan diri, memperlihatkan diri, menonjolkan diri, Berantonim dengan tenggelam
| Kata Terbitan : tampaknya, menampakkan, tertampak, |
|
Puisi |
---|
|
Pulau Pemanggil teluk empat, Tampak dari Johor Lama; Adik tinggal menunggu tempat, Abang pergi takkan lama.
Lihat selanjutnya... |
|