PeribahasaSayang rugi membeli tali timba, air setitik tak dapat.TakrifKerana takut rugi pekerjaan tidak jadi atau keuntungan tidak dapat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerendam sesayak air, berpaut sejengkal tali.TakrifHidup dalam kemelaratan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBak manik putus tali (= pengarang).TakrifAir mata yang bercucuran.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBak pinang dianduh, putus tali dia berdiri.TakrifMelakukan sesuatu pekerjaan kerana dipaksa. (Peribahasa lain yang sama makna: Terbit air kerana dipercik, terbit minyak kerana dikempa). dianduh = ditarik dengan tali.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerbit air kerana dipercik, terbit minyak kerana dikempa.TakrifMelakukan sesuatu pekerjaan kerana dipaksa. (Peribahasa lain yang sama makna: Bak pinang dianduh, putus tali dia berdiri).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu.TakrifSegala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b. Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung, c. Tak beras antah dikisik, d. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah). bercemat = menarik perahu dengan tali yang diikatkan kepada perahu itu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| tali (kata nama) | Bersinonim dengan serat, benang, dawai, wayar, kabel, rafia, rantai, rotan, reben, kenur, ketaya, keluan, untai, tambang, temeralang;, | | Kata Terbitan : bertali, bertalian, bertali-tali, mempertalikan, pertalian, |
|
|