PeribahasaMenegakkan juek-juek sesudah menyabit.TakrifSesudah perkara selesai, baru teringat akan cara yang terbaik untuk menyelesaikannya. juek-juek = tali-tali yang direntangkan di sawah untuk mengusir burung.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPutus timba tinggal tali, putus tali tinggal timba.TakrifPerempuan yang kematian suaminya atau seseorang yang berpisah daripada sahabat yang diharapkan olehnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus.TakrifBersatu teguh, bercerai runtuh. tak suang-suang = tak mudah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTali terentang tidak putus, sangkutan tergantung tidak rekah.TakrifPertalian keluarga kerana perhubungan perkahwinan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTali putus keluan putus.TakrifAnak muda yang berbuat sekehendak hatinya, kerana orang yang menjaganya sudah tidak ada lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTali di dalam bungkusan, digerek tikus apa gunanya.TakrifGadis dalam pingitan, telah melakukan perbuatan sumbang dengan diam-diam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPecah kapi, putus suai.TakrifSesuatu yang tak dapat diperbaiki lagi; mencerita malu yang amat sangat. kapi = kerek, takal; suai = tali penarik, tali kapi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMana tali berpunca tak berhujung?TakrifSiapakah yang tidak akan menghadapi mati?SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPutus tali tempat bergantung, terban tanah tempat berpijak.TakrifKehilangan orang tempat menumpang hidup kerana, sudah jauh berpisah atau sudah meninggal.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPutus tali keluan, putus keluan rampung hidung.TakrifPerselisihan yang tidak dapat diperdamaikan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Putus kelikir, rampung hidung).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| tali (kata nama) | Bersinonim dengan serat, benang, dawai, wayar, kabel, rafia, rantai, rotan, reben, kenur, ketaya, keluan, untai, tambang, temeralang;, | | Kata Terbitan : bertali, bertalian, bertali-tali, mempertalikan, pertalian, |
|
Puisi |
---|
|
Lemah lembut pandan berduri, Putuslah tali tali tiada; Lemah lembut membawa diri, Putuslah hati adik penanda.
Lihat selanjutnya... |
|