PeribahasaKeris pedang (= lembing) tiada tajam, lebih tajam mulut manusia.TakrifKata-kata lebih tajam daripada senjata.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTajam pisau kerana diasah.TakrifJadi pintar (berani) kerana selalu diajar (diasuh).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTajam lidah manusia melebihi tuntung keris.TakrifMulut manusia dapat membinasakan diri sendiri atau orang lain lebih lekas daripada senjata.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLading tajam sebelah.TakrifSelalu mahu menerima pemberian, tetapi segan memberi. lading = sebangsa perang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeligi tajam bertimbal, tak hujung pangkal mengena.TakrifOrang yang mempunyai dua pencarian; pendirian yang bertentangan. seligi = tombak yang dilemparkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaYang tajam tumpul, yang bisa tawar.TakrifDengan perkataan yang lemah lembut dapat diselesaikan segala sengketa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerapalah tajam pisau parang, tajamlah lagi mulut manusia.TakrifMulut itu lebih tajam daripada senjata.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPunggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga.TakrifBiar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam, b. Lekuk batu dititik air selalu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam.TakrifBiar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lekuk batu dititik air selalu, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLekuk batu dititik air selalu.TakrifBiar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| tajam (adjektif) | 1. Bersinonim dengan mudah memotong: mudah mengerat, mudah menghiris, mudah makan, Berantonim dengan tumpul
2. Bersinonim dengan runcing: lancip, cerucup, tuding, Berantonim dengan pepat
3. Dalam konteks kata-kata bersinonim dengan keras, pedas, menyakiti hati, menyembilu, bisa, menghiris perasaan, bersanding, Berantonim dengan lunak
| Kata Terbitan : menajamkan, ketajaman, |
|
Puisi |
---|
|
Tajam sungguh si buluh gadung, Hendaklah ikat bersama tali; Hancur luluh tulang dan daging, Namun kulupa tidak sekali.
Lihat selanjutnya... |
|