PeribahasaBagai siamang kurang kayu.TakrifSangat susah hati kerana kekurangan barang-barang keperluan. (Bandingkan dengan: Bagai bunyi siamang kenyang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaApa boleh buat, nasi sedap menjadi tawar.TakrifSusah hati dapat mengubah perangai seseorang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTertarung kaki boleh diinai, tertarung hati susah ubatnya.TakrifHati yang tersinggung kerana perkataan yang tajam susah mengubatinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLain luka lain menyiuk, lain sakit lain mengaduh.TakrifLain yang disindir lain yang merasa hati; lain yang berbuat salah lain pula yang merasa susah. menyiuk (siuk) = menarik nafas kerana sakit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| susah (adjektif) | 1. Bersinonim dengan sukar: payah, rumit, sulit,
2. Bersinonim dengan jarang ada: sukar terdapat
3. Bersinonim dengan miskin: papa, daif, melarat, serba kekurangan,
| Kata Terbitan : bersusah-susah, menyusahkan, kesusahan, |
|
Puisi |
---|
|
Kucing kurus menghembus api, Sudah hembus padam menyala; Kurus kering kerana susah hati, Kerana telinga tak mendengar kata.
Lihat selanjutnya... |
|