PeribahasaSubur kerana dipupuk, besar kerana diambak.TakrifOrang besar atau mulia kedudukannya kerana dibesarkan dan dimuliakan oleh pengikut-pengikutnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar diambak, tinggi dianjung).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenabur benih di tanah yang subur.TakrifBerbuat baik kepada orang yang tahu berterima kasih.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti benih baik di tanah subur.TakrifBerbuat baik kepada orang yang tahu membalasnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai ikan lampam di ulak jamban.TakrifAnak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi; orang-orang yang mengutip hasil daripada pekerjaan-pekerjaan maksiat. (Peribahasa lain yang sama makna: Merayap-rayap seperti kangkung di ulak jamban).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMerayap-rayap seperti kangkung di ulak jamban.TakrifAnak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi; orang-orang yang mengutip hasil daripada pekerjaan-pekerjaan maksiat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ikan lampam di ulak jamban).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti birah tumbuh di tepi lesung.TakrifAnak-anak yang lekas subur.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai lobak di pemerunan, bagai kacang tengah dua bulan.TakrifAnak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi. pemerunan = tempat membakar sampah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBesar diambak, tinggi dianjung.TakrifOrang besar atau mulia kedudukannya kerana dibesarkan dan dimuliakan oleh pengikut-pengikutnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Subur kerana dipupuk, besar kerana diambak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| subur (adjektif) | 1. Dalam konteks tumbuh-tumbuhan bersinonim dengan membesar, menjadi, segar,
2. Dalam konteks badan bersinonim dengan sihat, berisi, gempal,
3. Dalam konteks berkembang pesat bersinonim dengan maju, berkembang, biak, umbur,
| Kata Terbitan : menyuburkan, penyuburan, |
|
Puisi |
---|
|
Pokok melati sedang naik, Daunnya hilang subur dan sihat; Biar mati nama yang baik, Jangan mati nama yang jahat.
Lihat selanjutnya... |
|