PeribahasaBagai berkain tiga hasta.TakrifSerba tak cukup (miskin).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKain panjang empat, ditarik ke atas ke bawah tak sampai.TakrifSerba tak cukup (miskin). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berkain tiga hasta, b. Berselimut kain cukin; ditutup kepala kaki terbuka, ditutup kaki kepala terdedah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerselimut kain cukin; ditutup kepala kaki terbuka, ditutup kaki kepala terdedah.TakrifSerba tak cukup (miskin). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berkain tiga hasta, b. Kain panjang empat, ditarik ke atas ke bawah tak sampai). cukin = kain basahan atau kain kecil penutup dada waktu makan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHendak mara bedil bertinak, hendak undur gelar telah besar.TakrifKeadaan yang serba salah pada orang yang telah diberi pangkat; hendak memelihara tarafnya tiada cukup wangnya, hendak undur malu kerana pangkatnya sudah tinggi. bertinak = tak putus-putus datang, bertubi-tubi; mara = maju.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| serba (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan semuanya: kesemuanya, segalanya, segala-galanya, seluruhnya, segenapnya,,
2. Bersinonim dengan apa juapun: bagaimana juapun, dalam apa juga hal,
3. Bersinonim dengan serba-serbi: macam-macam, berbagai-bagai, pelbagai, serbaneka, segala-galanya, segala macam.,
|
|
Puisi |
---|
|
Tanjung Bondong parit perintah, Bersampan dengan sidaknya; Hendak dilangsung serba salah, Takut badan jadi merana.
Lihat selanjutnya... |
|