PeribahasaRiuh gigil seperti Cina kayuh.TakrifBercakap yang tidak ketentuan buah tuturnya. gigil = bergoncang, gementar keras.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRiuh seperti Cina karam.TakrifBercakap yang tidak ketentuan buah tuturnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Riuh gigil seperti Cina kayuh).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBunyi Cina karam.TakrifRamai (= riuh) sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai bunyi perempuan di air).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai ombak purus.TakrifSuara riuh-rendah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeutas rotan ditarik, bergegar hutan belukar; riuh bunyi kera dan lotong.TakrifJika seseorang anggota keluarga mendapat aniaya maka marahlah sekalian kaum keluarganya dan sekalian sahabat handainya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai bunyi perempuan di air.TakrifRamai (= riuh) sekali. di air = di tempat mandi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai langau mengerumuni bangkai.TakrifOrang ramai yang riuh-rendah bunyinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti tetaguk di rumah tinggal.TakrifBekerja sendirian, tetapi riuh bunyinya. tetaguk = burung pungguk.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaksana katak di harung ular.TakrifLari bercempera dengan suara riuh rendah kerana ketakutan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| riuh (adjektif) | Bersinonim dengan bising, ramai, gamat, gempar, honar, heboh, gempita, gaduh, gegak, gegap, rusuh,
gerapak, kecoh, abuh, keridau, rutup, taru, kecor;, | | Kata Terbitan : riuh-rendah, meriuhkan, keriuhan, |
|
Puisi |
---|
|
Apa benda bunyi riuh, Rupanya ada orang berperang; Dia baru mencapai pengayuh, Kita sudah sampai ke seberang.
Lihat selanjutnya... |
|