PeribahasaAda umur ada rezeki.TakrifAsal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada hari, ada nasi, b. Ada nyawa ada rezeki).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda nyawa ada rezeki.TakrifAsal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada hari, ada nasi, b. Ada umur ada rezeki).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda hari, ada nasi.TakrifAsal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada nyawa ada rezeki, b. Ada umur ada rezeki).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau bukan rezeki, di mulut lari ke luar.TakrifRezeki (harta) yang belum dapat ditentukan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRezeki elang tak akan dapat dimakan oleh musang (= burung pipit).TakrifRezeki seseorang tidak akan dapat direbut oleh yang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMara jangan dipikat (= dipukat), rezeki jangan ditolak.TakrifBahaya jangan dicari-cari, rezeki meskipun sedikit haruslah diterima dengan syukur.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan memangku ayam jantan, baik memangku ayam betina.TakrifRezeki yang halal itu lebih baik daripada rezeki yang haram.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerair kerongkongan.TakrifMendapat rezeki. kerongkongan = pembuluh nafas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRongkongan menghadap mudik.TakrifMudah mendapat rezeki.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRongkongan menghadap hilir.TakrifSukar mendapat rezeki.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| rezeki (kata nama,) | Bahasa Asal :Arab | Bersinonim dengan nafkah, mata pencarian, periuk nasi, pendapatan, perolehan gaji, upah keuntungan, laba, elaun, komisen, dividen,
bonus, ganjaran, hasil, panen., | |
|
Puisi |
---|
|
Anak Cina bermain ceki, Baju dibuka tinggal seluar; Kalau sudah bukan rezeki, Di dalam mulut lari keluar.
Lihat selanjutnya... |
|