PeribahasaHendak bertanduk kepala dipahat.TakrifKerana hendak menunjukkan kemegahan, rela berhutang atau berbuat sesuatu yang dapat mendatangkan bencana kepada diri sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar badan penat asalkan hati suka.TakrifMengerjakan sesuatu pekerjaan dengan rela hati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKelekati memanjat peran, sebelum mati belum jeran.TakrifTerlalu gemar akan sesuatu perkara sehingga rela mengorbankan diri sendiri. kelekati = kelekatu; peran = balok yang menyambung tiang rumah. jeran = jera.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGanti hidup berkeredaan, ganti mati berkebulatan.TakrifMencari ganti seseorang ketua harus dengan muafakat. reda = rela, senang hati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| rela (kata kerja) | Bersinonim dengan sudi, sanggup, bersedia, berkenan, reda, suka, gemar, mahu, tidak keberatan;, | | Kata Terbitan : merelai, merelakan, kerelaan, |
|
Puisi |
---|
|
Tak sabit kandang kuda di bendang, Kayu kemudu luruh ke meranti; Apabila tak dapat kasihku seorang, Rela kutunggu sampai ke mati.
Lihat selanjutnya... |
|