PeribahasaRantai besi dimakan bubuk.TakrifCerita yang tak masuk di akal.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKijang jika ditambat dengan rantai emas sekalipun, bila terlepas ke hutan juga larinya.TakrifOrang dagang, biar bagaimana senangnya di negeri asing, ingat juga ia akan negeri asalnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAnjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis.TakrifOrang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, b. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya, c. Habis air setelaga, arang dibasuh tak putih).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHangat tiada berapi, sejuk tiada berair.TakrifOrang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, c. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHabis air setelaga, arang dibasuh tak putih.TakrifOrang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, c. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya.TakrifOrang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaArang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih.TakrifOrang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Burung gagak itu jika dimandikan dengan air mawar sekalipun, tiada akan menjadi putih bulunya, c. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| rantai (kata nama) | 1. Bersinonim dengan kalung: leca, utas,
2. Bersinonim dengan ikatan: kaitan, pertalian, hubungan, jalinan,
| Kata Terbitan : berantai, berantai-rantai, merantai, rantaian, |
|
Puisi |
---|
|
Budak-budak bermain tombak, Tombak diikat dengan rantai; Kalau kutakut dilambung ombak, Tak ku berumah di tepi pantai.
Lihat selanjutnya... |
|