PeribahasaKuning oleh kunyit, hitam oleh arang.TakrifMudah dihasut atau dipujuk. (Bandingkan dengan: Tak kuning oleh kunyit, tak putih oleh kapur).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak kuning oleh kunyit, tak putih oleh kapur.TakrifTak mudah dihasut atau dipuji; keras hati. (Bandingkan dengan: Kuning oleh kunyit, hitam oleh arang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau menyeberang sungai biarlah ditelan oleh ibunya, tetapi janganlah dipagut oleh ikan kecil.TakrifKalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu, jangan dianiaya oleh orang-orang kecil dan tak tahu apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau kena tampar biarlah dengan tangan yang pakai cincin, kalau kena tendang biarlah dengan kaki yang pakai kasut).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh muafakat.TakrifUntuk melakukan sesuatu pekerjaan supaya selamat maka hendaklah berunding dulu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak lekang oleh panas, tak lapuk oleh hujan.TakrifAdat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak lapuk di hujan, tak lekang di panas).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGajah dialahkan oleh pelanduk.TakrifOrang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTebu pada awak, peria pada teman.TakrifDisukai oleh seorang, dibenci oleh yang lain. (Bandingkan dengan: Tuah anjing, celaka kuda).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak keruh laut oleh ikan, tak runtuh gunung oleh kabut.TakrifAdat yang mutlak tidak akan berubah oleh faham (fikiran, aturan dan sebagainya) yang baru.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHabis geli oleh geletek, habis rasa (= bisa) oleh biasa.TakrifSesuatu yang kurang menyenangkan itu akan hilang, apabila telah menjadi kebiasaan. (Bandingkan dengan: Alah bisa, oleh [= kerana, tegal] biasa).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGajah mati dicatuk katak.TakrifOrang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah dialahkan oleh pelanduk, b. Gajah ditelan ular lidi, c. Mati dicatuk katak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| oleh-oleh (kata nama) | Bersinonim dengan cenderamata, buah tangan, pemberian, hadiah, cenderahati, tanda mata, ompang-ompang,
sagu hati, kurniaan, anugerah., | |
|
Puisi |
---|
|
Sapu tangan bersiring hijau, Oleh membeli kedai Yahudi; Luka di tangan kerana pisau, Luka di hati kerana budi.
Lihat selanjutnya... |
|