PeribahasaMusuh jangan dicari-cari (=diadang), bersua jangan dielakkan.TakrifPermusuhan jangan dicari-cari dan jangan pula mengelak kalau terpaksa. diadang = ditunggu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMusuh dalam selimut.TakrifMusuh yang tiada diketahui, yang sangat dekat atau yang ada dalam lingkungan sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHendak singa di tengah padang lagi, daripada ular di dalam rumput.TakrifLebih baik berdepan dengan musuh besar di tempat terang daripada musuh kecil di dalam sulit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLebih baik seekor singa di padang yang luas, daripada seekor ular di dalam rumput.TakrifLebih baik musuh besar di dalam terang daripada musuh kecil di dalam sulit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDiam-diam lepu.TakrifMusuh yang pendiam jangan dipermudah-mudahkan. lepu = ikan laut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPencuri dalam selimut.TakrifMusuh yang tiada diketahui.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKelik-kelik dalam baju.TakrifMusuh dalam selimut. kelik-kelik = semut yang berbisa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenggedangkan anak harimau.TakrifMemelihara musuh yang kelak akan merugikan kita sendiri. gedang (gadang) = besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMendengarkan cakap enggang.TakrifMendengarkan pujukan musuh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMemelihara penyengat dalam baju.TakrifMempunyai musuh dalam rumah tangga sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
256 | History repeats itself | Jika sesuatu itu pernah berlaku maka ia boleh berlaku lagi. | Sejarah berulang | O my people, we have to remain steadfast and united, and never shall we betray one another lest our beloved soil should fall to the enemies. Our ancestors had lived in misery when the enemies conquered this land. Thus, do not let history repeats itself, said the king. | ''Wahai rakyat beta sekelian, kita harus berdiri teguh dan bersatu, dan jangan sekali-kali mengkhianati antara satu sama lain agar tanah air yang kita cintai ini tidak jatuh ke tangan musuh. Nenek moyang kita bernafas dalam kesengsaraan setelah musuh menakluki bumi ini. Maka, jangan biarkan sejarah berulang kembali,'' titah raja itu. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| musuh (kata nama) | Bersinonim dengan seteru, lawan, penentang, pembangkang, pembantah, pesaing, pemberontak,
petualang, antagonis, udu;, | | Kata Terbitan : bermusuh, bermusuhan, memusuhi, permusuhan, |
|
Puisi |
---|
|
Tajam senjata musuh pun undur, Mengertak masuk seperti kuda; Pejamkan mata tak mahu tidur, Rupanya tuan datang menggoda.
Lihat selanjutnya... |
|