PeribahasaLidah tidak bertulang.TakrifMudah berjanji tetapi mudah pula mengubah janjinya itu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMudah terbelingut bagai pisau belik.TakrifMudah tersinggung dan berkecil hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Mudah bengkok bagai parang timah). terbelingut = terpelecok; belik = tin, timah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRajin bekerja mudah belanja.TakrifOrang yang rajin bekerja tentulah hidupnya senang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMudah bengkok bagai parang timah.TakrifMudah tersinggung dan berkecil hati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMudah luka payah sembuhnya.TakrifMencari perselisihan sangat mudah, tetapi mencari perdamaian sangat sukar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengusut mudah, menyelesaikan susah.TakrifMencari perselisihan mudah sekali, mendamaikannya susah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMencabik mudah, menjahit susah.TakrifMencari perselisihan mudah tetapi mencari perdamaian susah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidak mudah menggelamai, kurang haru cirit kambingan, terlampau haru berlantingan.TakrifTidak mudah melakukan suatu pekerjaan, kalau tidak hati-hati tentu tidak sempurna. (Bandingkan dengan: Kalau tak pandai menggelamai, bercirit kambinglah kelak, dikunyah patah gigi, ditelan sembelit).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMudah jua pada yang ada, sukar jua pada yang tidak.TakrifPada orang kaya segalanya mudah, pada orang yang miskin segalanya susah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRongkongan menghadap mudik.TakrifMudah mendapat rezeki.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| mudah (adjektif) | Bersinonim dengan senang, enteng, gampang, ringan, lancar, ringkas, kecil, lekeh, ganyir, suang, lasuh, lancar;, | | Kata Terbitan : bermudah-mudah, memudahkan, mempermudah, kemudahan, pemudah, |
|
Puisi |
---|
|
Jangan mudah bunga sudah, Bunga serupa dengan daun; Jangan mati kehendak mudah, Hilang bulan berganti tahun.
Lihat selanjutnya... |
|