PeribahasaBagai serangkak tertimbakan.TakrifBerjalan miring. serangkak (sirangkak) = ketam kecil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMacam kepiting jalan.TakrifOrang yang berjalan miring.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengereng-ereng bagai sangkal makan.TakrifMarah yang amat sangat. ereng = miring; sangkal = mata bajak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar merangkak jangan menjalar.TakrifLebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar miring asal jangan tertelungkup; atau Biar rebah jangan roboh, atau Biar serpih jangan tumbang; atau Biar sipi asal jangan tepat [= sesat]; atau Biar terletak asal jangan terhempas; atau Biar terselar jangan terbakar hangus; atau Biar terteleng asal jangan tertungkup).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenaikkan bendar sondai.TakrifPekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menghitung bulu kambing, b. Membandarkan air ke bukit). bendar = serokan, parit (di sawah); sondai = miring, landai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| miring (adjektif) | 1. Bersinonim dengan condong: senget, sendeng, serong, herot, berot, bengot, benyot, genjang, benjot, pencong,
mendoyong, sadak, tubing, menubing, tuding, jeneng, teleng, melereng, kencong, Berantonim dengan tegak
2. Bersinonim dengan sasar: gila, setengah gila, setengah tiang, tidak siuman, tidak waras, tiga suku, hilang akal,
sakit otak, sakil akal, sakit jiwa, majnun, safih, kasap, edan, Berantonim dengan siuman
| Kata Terbitan : memiringkan, |
|
|