PeribahasaMendukung biawak hidup.TakrifMelakukan pekerjaan yang sangat menyusahkan diri; mempunyai anak atau isteri yang sangat menyusahkan hati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMemelihara gajah putih.TakrifMenyusahkan diri dengan memelihara orang yang tiada mendatangkan faedah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTiada sakit makan ubat.TakrifMenyusahkan diri sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHabis kuman disembelih hendak memberi makan gajah.TakrifMenyusahkan orang kecil kerana hendak menyenangkan orang besar-besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJelatang di hulu air.TakrifPerkara yang selalu menyusahkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDihujani kering, dijemur basah.TakrifBerbuat sesuatu pekerjaan yang menyusahkan orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUpah bidan pun tak terbayar.TakrifAnak-anak nakal yang menyusahkan ibu bapanya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau boros lekas kerugian.TakrifPendapatan yang sedikit kalau diboroskan tentulah menyusahkan akhirnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCubit paha kanan, paha kiri pun merasa juga.TakrifJika seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri maka ia pun akan merasa susah juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenolong orang (= kerbau) ditangkap harimau.TakrifMenolong orang yang membuat kesalahan, akhirnya menyusahkan diri sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| susah (adjektif) | 1. Bersinonim dengan sukar: payah, rumit, sulit,
2. Bersinonim dengan jarang ada: sukar terdapat
3. Bersinonim dengan miskin: papa, daif, melarat, serba kekurangan,
| Kata Terbitan : bersusah-susah, menyusahkan, kesusahan, |
|
|