| 
	
                            
		
			
				
					
  | PeribahasaBerair kerongkongan.TakrifMendapat rezeki. kerongkongan = pembuluh nafas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  | PeribahasaRongkongan menghadap mudik.TakrifMudah mendapat rezeki.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  | PeribahasaRongkongan menghadap hilir.TakrifSukar mendapat rezeki.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  | PeribahasaBertemu bukit di tepi telaga.TakrifMendapat rezeki.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  | PeribahasaHempas tulang berisi perut.TakrifRajin bekerja (berusaha) mudah mendapat rezeki.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  | PeribahasaRingan tulang berat perut.TakrifYang rajin bekerja banyak mendapat rezeki. (lawannya: Berat tulang, ringan perut).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  | PeribahasaAda gula, ada semut.TakrifDi tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada padi masak, adalah pipit).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  | PeribahasaAda padi masak, adalah pipit.TakrifDi tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada gula, ada semut).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  | PeribahasaBiar menyelodok ke bawah rumah, asal mendapat telur ayam.TakrifBiar mengerjakan pekerjaan yang kurang baik martabatnya asalkan mendapat rezeki yang halal. menyelodok = merangkak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  | | Tesaurus | 
|---|
 |  |  | rezeki (kata nama,) |  | Bahasa Asal :Arab |  | Bersinonim dengan nafkah, mata pencarian, periuk nasi, pendapatan, perolehan gaji, upah keuntungan, laba, elaun, komisen, dividen, 
bonus, ganjaran, hasil, panen., |  |  |  | 
 | 
 |