PeribahasaMasih berbau pupuk jerangau.TakrifBelum ada pengalaman.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAgung susut, pongah masih.TakrifKebesaran sudah hilang, tetapi keangkuhannya masih ada juga. agung = besar; pongah = angkuh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenjemur sementara hari panas.TakrifHendaklah berusaha sekuat-kuatnya pada ketika badan masih kuat atau ketika kesempatan masih ada. (Peribahasa lain yang sama makna: Pepatah asing: Besi ditempa selagi panas).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKerap sang berudu hendak berenang di laut lebar, awak masih juga di kubangan.TakrifMenghendaki sesuatu yang mustahil diperoleh atau terjadi. berudu = anak katak yang masih sebagai ikan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSepanjang-panjang lorong masih panjang mulut.TakrifCakap orang dapat dilakukan dengan sesuka hati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBudak-budak makan pisang.TakrifMasih mentah dalam segala hal.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSelama hayat dikandung badan.TakrifSelama masih hidup.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda umur ada rezeki.TakrifAsal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada hari, ada nasi, b. Ada nyawa ada rezeki).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda nyawa ada rezeki.TakrifAsal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada hari, ada nasi, b. Ada umur ada rezeki).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda hari, ada nasi.TakrifAsal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada nyawa ada rezeki, b. Ada umur ada rezeki).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Apa guna main berigot, Pandan muda masih berbunga; Apa guna tuan berebut, Badan muda masih berguna.
Lihat selanjutnya... |
|