PeribahasaCermat masa banyak, jimat masa sedikit.TakrifSelalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMasa lagi rebunglah hendak dilentur, jangan dinantikan sampai menjadi aur.TakrifMasa kecillah diajar dan dididik, jangan ditunggu sampai sudah besar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari). (Lihat juga: Melentur biarlah waktu rebung).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari.TakrifMasa kecillah diajar dan dididik, jangan ditunggu sampai sudah besar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masa lagi rebunglah hendak dilentur, jangan dinantikan sampai menjadi aur, b. Melentur biarlah waktu rebung).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda ubi ada batas, ada masa boleh balas.TakrifPerbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKecil anak besar onak.TakrifAnak pada masa kecilnya menyukakan hati tetapi apabila sudah besar keraplah pula ia mendatangkan kesusahan kepada ibu bapanya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKecil-kecil anak sudah besar menjadi onak.TakrifAnak pada masa kecilnya menyukakan hati tetapi apabila sudah besar keraplah pula ia mendatangkan kesusahan kepada ibu bapanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil anak besar onak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTertawa dalam perkabungan.TakrifAhli waris yang bersenang hati dalam masa berkabung kerana akan mendapat harta pusaka.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHari baik (= pagi) dibuang-buang, hari buruk (= petang) dikejar-kejar.TakrifMasa yang baik dibiarkan lalu, kemudian tergopoh-gopoh mengejar waktu yang sudah sempit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBulan terang paksa baik; payang ke laut, balok pun ke laut juga.TakrifDalam masa kemakmuran semua orang berlumba-lumba mencari keuntungan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKering pengayuh di tangan, kering wang di pinggang.TakrifOrang miskin yang harus bekerja setiap masa. (Peribahasa lain yang sama makna: Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| masa (kata nama) | 1. Bersinonim dengan waktu: ketika, detik, saat, jam, tenggak, sangkala, sekon,
2. Bersinonim dengan jangka waktu: jangka masa, tempoh, zaman, era,
| Kata Terbitan : semasa, |
|
Puisi |
---|
|
Kain ini kain basah, Bila masa berkain lagi; Main ini main penyudah, Bila masa bermain lagi.
Lihat selanjutnya... |
|