PeribahasaLulus (= lalu) jarum, lulus (= lalu) kelindan.TakrifApabila usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Lalu penjahit, lalu kelindan). lulus = masukSumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLulus tabuh perhatian.TakrifHati lapang dan lega; sangat suka. tabuh perhatian = tabuh untuk maklumat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLalu penjahit, lalu kelindan.TakrifApabila usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Lulus [= lalu] jarum, lulus [= lalu] kelindan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah lulus maka hendak melantai.TakrifSesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubu, b. Sudah kecurian baru mengunci pintu, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang). melantai = memasang lantai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTelah lulus maka diselam.TakrifSetelah pekerjaan selesai baru teringat bagaimana yang baik untuk mengerjakannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHanyut dipintasi, lulus diselami, hilang dicari.TakrifMenolong seseorang yang ditimpa kesusahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLulus tidak berselam, hilang tidak bercari.TakrifOrang yang menderita sengsara, tetapi tidak ada yang mahu menolong. lulus = maksudnya terbenam dalam air.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerapung sama hanyut, terendam sama basah (= lulus sama terbenam).TakrifPersahabatan yang setia, sehidup semati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah kecurian baru mengunci pintu.TakrifSesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubur, b. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah kalah baru berkubu.TakrifSesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kecurian baru mengunci pintu, b. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| lulus (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan tembus: lantas, bulus, telus, celus, lalu,
2. Bersinonim dengan terperlus: terperosok, terbolos,
3. Bersinonim dengan terlepas: terlucut
4. Bersinonim dengan berjaya: berhasil, mencapai kejayaan,
| Kata Terbitan : meluluskan, lulusan, kelulusan, berkelulusan, |
|
|