PeribahasaAku nampak olah (= olak), kelibatmu sudah kutahu.TakrifKerana tingkah laku, maksudnya ketahuan. olah = tingkah laku; kelibat = tabiat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti beras lembab: dijual tak laku, ditanak tak muai.TakrifSesuatu yang tiada berharga dan kurang baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebab budi boleh kedapatan.TakrifTingkah laku juga yang menyebabkan seseorang itu binasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah tampak kaki ular.TakrifTingkah laku seseorang yang jahat yang sudah mulai diketahui.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaksana cempedak mambung, pulur saja jual tak laku.TakrifPerempuan gemuk yang tidak disukai orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSumbang di mata, binasa hati.TakrifTingkah laku yang tiada baik menimbulkan anggapan yang jahat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti kucing menyembunyikan kuku, terlihat panggang berubahlah laku.TakrifOrang jahat yang berpura-pura baik sementara belum bertemu dengan barang yang disukainya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUmpama Belanda kesiangan.TakrifOrang yang bertingkah laku seperti orang putih.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaksana golok kayu, ditetakkan tak makan, dijual tak laku.TakrifPengetahuan yang tidak sempurna, sehingga tidak mendatangkan faedah sedikit jua pun.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan.TakrifDalam tutur kata atau tingkah laku tercantum maksud yang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| laku (adjektif) | 1. Dalam konteks wang bersinonim dengan sah, boleh digunakan,
2. Bersinonim dengan laris: terjual, dikehendaki, larap,
| Kata Terbitan : selaku, berlaku, melakukan, memperlakukan, kelakuan, berkelakuan, pelaku, |
|
Puisi |
---|
|
Lalu gejis laku berjulang, Dimakan orang di rumah darat; Cakap baik tak usah juak dibilang, Kakandamu boleh menangkap kilat.
Lihat selanjutnya... |
|