PeribahasaTidak resan kunyit, resan serai.TakrifTidak ada perhubungan keluarga walaupun dulunya kelihatan sebagai satu keluarga (orang-orang yang berselisih). resan = rasa dengan lidah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPisang masak separak.TakrifKeluarga yang senang dan berbahagia hidupnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPadi setangkai bernas semuanya.TakrifKeluarga yang hidupnya beruntung dan berbahagia. bernas = berisi penuh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenghadapkan bedil pulang.TakrifMencelakakan kaum keluarga sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggunting dalam lipatan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBeruang bagai durian, bernabu bagai cempedak.TakrifKeluarga atau sahabat handai yang sudah terpisah jauh. ruang = alur; nabu = isi yang menempel pada bijinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDegar-degar merapati.TakrifPerselisihan antara kaum keluarga atau suami isteri yang makin merapatkan perhubungan. degar-degar = bunyi kayu dipukul.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIbarat perahu takkan karam sebelah.TakrifKaum keluarga ikut bersimpati atas kecelakaan yang menimpa kerabatnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMencukur kepala.TakrifPerbuatan yang memalukan kaum keluarga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMelentur dahan dek meluyut buahnya.TakrifKesusahan keluarga yang banyak anaknya. meluyut = melentur ke bawah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMencabik baju di dada.TakrifMenceritakan aib kaum keluarga sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| keluarga (kata nama) | Bersinonim dengan kelamin, famili, sanak-saudara, seisi rumah tangga, suami dan isteri serta anak-anak, batih, saudara-mara, belahan, kulawangsa, darah, kaum, kulasentana, kulawarga;, | | Kata Terbitan : berkeluarga, perkeluargaan, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau tuan merendam telur, Jangan terlupa telur yang masin; Kalau tuan sudah masyhur, Jangan lupa keluarga yang miskin.
Lihat selanjutnya... |
|