PeribahasaTidak kekal bunga dikarang.TakrifKekayaan (kemuliaan, persahabatan) sewaktu-waktu akan hilang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaEmbun di hujung rumput.TakrifTiada kekal.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeukur berbaur, bertopang bercerai.TakrifKalau seia-sekata, kekal; kalau berselisih faham, bercerai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTangguk lerak dengan bingkainya.TakrifSuami isteri yang kekal sampai tua. lerak = rosak bercerai-berai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBunga kembang menanti layu.TakrifKecantikan dan keelokan seorang perempuan tiada kekal.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSurat atas batu, tidak akan pupus-pupus.TakrifSesuatu adat yang kekal. surat = kitab.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPandai seperti pisau raut: bongkok orang dapat dibetulkan (= dilepaskan), bongkok diri sendiri tinggal kekal.TakrifHanya pandai memperbaiki kesalahan orang lain, tetapi tak dapat memperbaiki kesalahan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti pisau raut: bengkok orang dapat dibetulkan, bengkok sendiri tak dapat dibetulkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMinyak habis sambal tak enak.TakrifPeralatan perkahwinan diadakan secara besar-besaran, tetapi perjodohannya tidak kekal.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSetinggi-tinggi melanting, jatuhnya ke tanah juga.TakrifPangkat dan martabat yang tinggi tidak akan kekal, sewaktu-waktu akan hilang juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan kamu sangka: kapal api besi itu pun masuk guri juga.TakrifJangan disangka sesuatu yang kuat dan teguh akan kekal terus tidak binasa. guri = sebangsa buyung.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| kekal (adjektif) | Bersinonim dengan baqa, abadi, malar, tekal, tetap, selama-lamanya, lestari, diam, abid, tidak berubah-ubah,
langsung, terus, langgeng;, | | Kata Terbitan : berkekalan, mengekalkan, kekekalan, |
|
Puisi |
---|
|
Rambut ikal gulung di dahi, Khabar pulang bersarung gigi; Rasa tak kekal diam di sini, Akhir pulang ke tempat sendiri.
Lihat selanjutnya... |
|