PeribahasaTanam lalang tak akan tumbuh padi.TakrifKejahatan yang diperbuat, kejahatan pula balasnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUkur baju di badan sendiri.TakrifKejahatan diri sendiri janganlah diukur dengan kejahatan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Biasa di sayak dibawa ke dulang, biasa kepada awak dibawa kepada orang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiasa di sayak dibawa ke dulang, biasa kepada awak dibawa kepada orang.TakrifKejahatan diri sendiri janganlah diukur dengan kejahatan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Ukur baju di badan sendiri).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeorang mencubit seorang menampar, yang menampar jugalah disalahkan.TakrifOrang yang cerdik membuat kejahatan di dalam diam, tiada yang tahu; si bodoh melakukan kejahatan di dalam terang, terus disalahkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGajah harimau di hutan hendak diburu, pijat-pijat di bantal tak dapat dihapuskan.TakrifKejahatan orang besar dan orang yang lebih kuat daripada kita hendak dibasmi, kejahatan anak buah sendiri di rumah tiada dapat di atasi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGunung juga yang dilejang panas.TakrifBiasanya orang yang sudah kaya juga yang mendapat untung atau bertambah kekayaannya; orang yang telah biasa berbuat kejahatan, tentu dituduh bila terjadi kejahatan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHilang ikan dalam kerabu.TakrifKejahatan akan hilang jahatnya apabila tiap-tiap orang ikut mengerjakannya. kerabu = sejenis makanan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAyam terlepas, tangan tercirit.TakrifKejahatan yang tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-mata. (Peribahasa lain yang sama makna: Ayam terlepas, tangan bau tahi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai gulai lengkitang.TakrifHendak menghilangkan kejahatan dirinya, tetapi kebaikan yang ada padanya pun lenyap pula. lengkitang = siput.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti parang timah.TakrifSuka membuat kejahatan kepada orang, tetapi diri sendiri juga yang binasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| jahat (adjektif) | Bersinonim dengan buruk laku, tidak baik, tidak senonoh, terkutuk, durjana, nakal, cabul, kapista, bangpak, papakerma, fasiq, candal, keji, kotor, jelik, beraknya, bengal;, | | Kata Terbitan : berjahat, menjahatkan, kejahatan, penjahat, |
|
|