PeribahasaMenggigit jari (= telunjuk).TakrifKecewa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti anjing kedahuluan.TakrifKecewa dan takut. kedahuluan = didului oleh harimau waktu mengejar perburuan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenjilat keluan bagai kerbau.TakrifKecewa kerana maksudnya tidak tercapai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti tikus masuk roman.TakrifKecewa kerana tidak tercapai maksudnya. roman = sekam padi, bekas tangkai-tangkai padi kering.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerpegang di abu hangat.TakrifKecewa dalam suatu cita-cita atau pekerjaan; mencampuri sesuatu yang menyusahkan saja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTarik muka dua belas.TakrifKecewa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar, biar naik ke mata.TakrifKecewa. biar = cacing kecil dalam perut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenengadah (= menentang) matahari.TakrifMelawan orang berkuasa (pandai dan sebagainya), akhirnya akan kecewa dan menyesal.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTersabung akan induk ayam (= akan itik).TakrifTidak tepat dengan dugaan semula; kecewa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKali sebentuk, umpannya seekor, sekali putus sehari berhanyut.TakrifBerbuat sesuatu tidak dengan memikirkan bekalan, modal dan sebagainya sehingga akhirnya mendapat kesusahan dan kecewa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| kecewa (adjektif) | 1. Bersinonim dengan hampa: putus asa, hancur hati, pecah hati, putih mata, menggigit jari,
menggigit telunjuk, dukacita, terlepas peluang, harapan hampa, terpelahau,
tercanggung, putus harapan, gegetun, hau, sia-sia, puatang,
2. Bersinonim dengan gagal: tidak tercapai, tidak berjaya,
3. Bersinonim dengan cela: cacat, kurang,
| Kata Terbitan : mengecewakan, kekecewaan, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau menggulung kuih sagu, Jangan lupa menaruh inti; Orang termenung menupang dagu, Itulah tanda kecewa di hati.
Lihat selanjutnya... |
|