PeribahasaJiwa bergantung di hujung rambut.TakrifSenantiasa dalam kecemasan kerana nasibnya yang tidak tentu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBertukar jiwa dengan semangat.TakrifSedang berkasih-kasihan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang.TakrifMemperkatakan sesuatu hal orang lain hendaklah berhati-hati. (Bandingkan dengan: Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLidah tidak bertulang, salah petik jiwa hilang.TakrifOrang yang mendapat kemalangan kerana tiada tahu menjaga tutur katanya. petik = gerak lidah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSilap cakap kena radak, hilang jiwa percuma saja.TakrifMemperkatakan sesuatu perkara (rahsia dan sebagainya), hendaklah hati-hati benar, sebab buruk padahnya. radak = tusuk dengan lembing.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLantai dan dinding bertelinga belaka.TakrifMempercakapkan sesuatu rahsia hendaklah beringat-ingat. (Bandingkan dengan: a. Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang, b. Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar.TakrifJika hendak membicarakan sesuatu, harus berhati-hati jangan sampai menyinggung perasaan orang. (Bandingkan dengan: Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| jiwa (kata nama) | 1. Bersinonim dengan nyawa: roh, semangat, atma, sukma, tubuh halus, Berantonim dengan jasad
2. Bersinonim dengan batin: rohani, urat nadi, punca hidup, Berantonim dengan zahir
3. Rujuk kasih kekasih
| Kata Terbitan : berjiwa, kejiwaan, |
|
Puisi |
---|
|
Baju putih bukanlah kebaya, Pakai hias Baba Melaka; Hilang jiwa tidak mengapa, Asalnya boleh berjumpa mata.
Lihat selanjutnya... |
|