PeribahasaJaras dikatakan raga jarang.TakrifOrang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. jaras = raga yang jarang anyamannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJaras katanya raga jarang.TakrifOrang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. (Peribahasa lain yang sama makna: Jaras dikatakan raga jarang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLeka di kerak jarang, kuku habis perut tak kenyang, burung terbang dipipiskan lada.TakrifMembuat pekerjaan yang merugikan. leka = asyik, lalai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerputik dulu baru berbunga, buahnya jarang dimakan beruk (= monyet).TakrifPerempuan yang hamil sebelum kahwin.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau dicampak bunga takkan dibalas tahi.TakrifBiasanya sesuatu pertolongan kepada seseorang itu jarang akan dibalas dengan kejahatan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti orang pemakan candu, dengan candu sampai mati.TakrifPerbuatan yang sudah dibiasakan, jarang dapat ditinggalkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBatu yang selalu bergolek di dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut.TakrifOrang yang mahir dalam undang-undang, biasanya jarang terkena tipu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
472 | The pot calling the kettle black | Orang yang mengkritik atau mengata orang lain sedangkan dia pun sama seperti hal yang dikatakan itu. | Jaras dikatakan(katanya) raga jarang | My grandmother overheard her neighbour gossiping that she had no dignity as she had married another woman's husband. She rebuked by saying: ''Well, look who''s talking. Weren't you the one who got attacked by those women when they heard that you wanted to marry their husband? Talk about the pot calling the kettle black!'' | Nenekku terdengar umpatan jirannya yangmengatakan bahawa dia tidak ada maruah kerana berkahwin dengan suami orang. Dia menempelak kembali dengan berkata: ''Cermin diri kau dulu. Bukankah kau dulu diganyang oleh madu-madu kau apabila mereka mendapat tahu yang kau hendak merampas laki mereka? Jaras dikatakan(katanya) raga jarang, konon!'' | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| jarang (adjektif) | 1. Bersinonim dengan renggang: berjarak, bersela, tidak rapat, tidak kedap, serau, serang, Berantonim dengan rapat
2. Dalam konteks rambut bersinonim dengan nipis, tidak lebat, tidak padat, sedikit, Berantonim dengan lebat
| Kata Terbitan : jarang-jarang, menjarangkan, |
|
Puisi |
---|
|
Telur pipit dalam sarang, Tetaskan anak sehari sebiji; Gunung berhimpit jarang-jarang, Bukit terlepas seorang diri.
Lihat selanjutnya... |
|