PeribahasaTerpijak benang arang, hitam tapak.TakrifBerbuat jahat, jahat balasannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagaimana ditanam, begitulah dituai.TakrifBerbuat jahat dibalas jahat; berbuat baik dibalas baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau baik disebut orang; kalau jahat, jahatlah.TakrifPerbuatan yang baik akan disebut baik, perbuatan yang jahat akan disebut jahat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda ubi ada talas, ada budi ada balas.TakrifBerbuat baik dibalas baik, berbuat jahat dibalas jahat; tiap-tiap aksi ada reaksinya. (Bandingkan dengan: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTepuk berbalas, alang berjawab.TakrifJahat dibalas dengan jahat, baik dibalas dengan baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti anjing menggonggong bangkai.TakrifLelaki jahat yang membawa perempuan jahat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAdakah buaya menolak bangkai?TakrifSeorang jahat tentu akan berbuat jahat, kalau ada kesempatan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJikalau di hulu airnya keruh, tak dapat tidak di hilirnya keruh juga.TakrifJikalau dari mula sudah kusut maka sukarlah untuk menyelesaikan; kalau sudah biasa jahat maka jahat juga kesudahannya. (Bandingkan dengan: Di hulu keruh di hilir pun tentu keruh juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda bangkai, adalah hering.TakrifAda perempuan jahat, adalah lelaki jahat yang mengunjunginya. hering = burung pemakan bangkai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLalat memanglah mencari puru.TakrifLelaki yang jahat memang mencari perempuan jahat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| jahat (adjektif) | Bersinonim dengan buruk laku, tidak baik, tidak senonoh, terkutuk, durjana, nakal, cabul, kapista, bangpak, papakerma, fasiq, candal, keji, kotor, jelik, beraknya, bengal;, | | Kata Terbitan : berjahat, menjahatkan, kejahatan, penjahat, |
|
|