PeribahasaIngat-ingat yang di atas, yang di bawah akan menimpa.TakrifOrang yang sedang berkuasa hendaklah berhati-hati menjalankan kewajipannya, jangan sampai menyusahkan orang-orang kecil, yang sewaktu-waktu mungkin akan menentang kerana kelakuannya yang tidak baik itu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAnak harimau jangan diajak bertampar, ingat-ingat kukunya.TakrifJangan mencari musuh dengan orang yang lebih kuat dan lebih persediaan alat senjatanya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIngat sebelum kena, jimat (= hemat) sebelum habis.TakrifSelalu waspada dan hati-hati; harus berusaha, jangan sampai terlambat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIngat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencocok, duri yang akan mengait.TakrifHendaklah selalu beringat tentang segala bahaya dan rintangan ketika melakukan sesuatu pekerjaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSungguhpun batang merdeka, ingat pucuk akan terempas.TakrifSesuatu pekerjaan hendaklah dikaji dengan masak-masak dari mula sampai ke akhirnya supaya selamat dan sempurna.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLupa mengingatkan, terlelap menjagakan.TakrifIngat mengingatkan antara orang yang bersahabat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLah karam maka bertimba.TakrifSetelah mendapat celaka baru ingat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAgak-agak bertutur malam hari.TakrifMesti selalu beringat-ingat ketika memperkatakan sesuatu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerjalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah.TakrifHendaklah selalu beingat-ingat dalam melakukan sesuatu pekerjaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerjalan selangkah menghadap surut, berkata sepatah difikirkan.TakrifHendaklah selalu beingat-ingat dalam melakukan sesuatu pekerjaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah). menghadap surut = menengok ke belakang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| ingat (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan sedar: tahu, terkenang,
2. Bersinonim dengan bercadang: berhajat, berniat,
3. Bersinonim dengan fikir: rasa, agak,
| Kata Terbitan : beringat-ingat, mengingatkan, memperingati, memperingatkan, teringat-ingat, ingatan, ingat-ingatan, peringatan, |
|
Puisi |
---|
|
Hanyut bersepah tempurung, Basahlah tangan tersiram santan; Ingat-ingat ayam berkurung, Helang bermain di tengah halaman.
Lihat selanjutnya... |
|