PeribahasaBiang menanti tembuk.TakrifSuami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus. biang = hampir tembus.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGenting menanti putus, biang menanti tembuk.TakrifSuami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus. (Peribahasa lain yang sama makna: Biang menanti tembuk).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebagai bisul hampir memecah.TakrifMenghadapi kesulitan yang hampir dapat diatasi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIbarat beban sudah ke tepi.TakrifSuatu pekerjaan yang sudah hampir selesai, atau rundingan yang hampir mencapai kata sepakat. (Bandingkan dengan: Mayat sudah di tepi kubur). ke tepi = maksudnya: sudah di pintu, akan dibawa turun.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaObat jauh penyakit hampir.TakrifDalam kesusahan, sukar mendapat pertolongan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKurang sesayat (= seiris) sebelanga.TakrifHampir cukup bilangan; sedikit saja yang kurang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNan jauh telah berjemput, nan hampir telah tiba.TakrifTentang jemputan (undangan) yang sudah sempurna.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAntara dua tengah tiga.TakrifSakit hampir mati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti birah dengan keladi.TakrifTidak ada bezanya; hampir sama saja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai ayam mengarang telur.TakrifPeri keelokan, merah muka seseorang. mengarang telur = hampir bertelur.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| hampir (adverba) | 1. Dalam konteks jarak bersinonim dengan dekat, rapat, Berantonim dengan jauh
2. Dalam konteks masa bersinonim dengan tidak lama lagi, sedikit masa lagi, sekejap lagi, sebentar lagi,
| Kata Terbitan : hampir-hampir, berhampiran, menghampiri, menghampirkan, kehampiran, |
|
Puisi |
---|
|
Hari hampir sudah siang, Fajar di hulu sudah benderang; Aku duduk di Muha Lawang, Makin bertambah hatiku pusang.
Lihat selanjutnya... |
|