PeribahasaMenjangkau sehabis tangan.TakrifBerusaha dengan bersungguh-sungguh hati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai gadis jolong menumbuk.TakrifRajin dan bersungguh-sungguh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHangat-hangat tahi (= cirit) ayam.TakrifTidak bersungguh-sungguh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDitumbuk dikisar barulah lumat.TakrifHendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh hati untuk memperoleh sesuatu barang yang dikehendaki.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaEsa hilang, dua terbilang.TakrifBerusaha dengan keazaman yang bersungguh-sungguh dan tidak takut menanggung risikonya. (Peribahasa lain yang sama makna: Pertama hilang, kedua terbilang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPertama hilang, kedua terbilang.TakrifBerusaha dengan keazaman yang bersungguh-sungguh dan tidak takut menanggung risikonya. (Peribahasa lain yang sama makna: Esa hilang, dua terbilang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUmpama lembu dogol, tak boleh menanduk cuma menyondol.TakrifMelawan (= bekerja) bersungguh-sungguh tanpa sesuatu syarat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLekuk batu dititik air selalu.TakrifBiar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam.TakrifBiar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lekuk batu dititik air selalu, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLembu dogol jangan dibalun.TakrifOrang yang tiada melawan jangan diusik, nanti dia melawan bersungguh-sungguh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| sungguh | 1. Bersinonim dengan benar ( betul, tepat, sah, sahih, jola, sengoti, tahkik, temen, ) (adjektif:)
2. Bersinonim dengan sangat ( amat, terlalu, nian, betul, ) (kata tugas:)
3. Bersinonim dengan memang ( sememangnya, sebenarnya, sebetulnya, ) (kata tugas:)
| Kata Terbitan : sesungguhnya, bersungguh-sungguh, kesungguhan, penyungguhan, |
|
Puisi |
---|
|
Anak ayam turun sepuluh, Mati seekor tinggal sembilan; Kutuntut ilmu bersungguh-sungguh, Akan buat bekalan hari kemudian.
Lihat selanjutnya... |
|